28.2.11

GURU PEMULIHAN KHAS DAERAH MERSING TELAH MENGIKUTI TAKLIMAT PELAKSANAAN LINUS DALAM PROGRAM PEMULIHAN KHAS


Pada 22 Februari 2011, seramai 36 orang Guru Pemulihan Khas (GPK) daerah Mersing, Johor telah diberikan taklimat tersebut oleh Mejar Sazali bin Abd. Hamid (Ketua Unit Pemulihan Khas JPNJ), Encik Shahiran bin Kamaruddin (Penyelia Kanan Pemulihan Khas JPNJ), Encik Mohd Nizar bin Awang (PPPD Pendidikan Khas PPD Mersing) dan Encik Mahadi bin Mohamad (FasiLINUS PPD Mersing).
Dalam taklimat tersebut GPK Mersing telah diberikan taklimat mengenai peranan GPK dalam program LINUS, Pemantapan Pedagogi, penulisan RPH, sistem fail dan pelaksanaan instrumen saringan. Semua maklumat yang berkaitan LINUS terkini telah diberikan selengkapnya kecuali pengendalian saringan 4 yang akan diberikan kursus khas pada awal Mac nanti.
GPK daerah Mersing juga diminta membantu mengambil murid LINUS Pemulihan/Tegar selepas Saringan 1 bagi meringankan bebanan guru LINUS sekiranya bilangan murid LINUS terlalu ramai walaupun sepatutnya selepas Saringan 2 dan mengambil murid LINUS Tahun 2 selepas saringan 4 sekiranya jumlah murid LINUS Pemulihan/Tegar kurang daripada 5 orang.
Fail murid LINUS Pemulihan/Tegar mestilah disimpan dan diselenggarakan oleh GPK
Berdasarkan maklumat yang telah diberikan oleh pegawai-pegawai yang terbabit, semua GPK daerah Mersing telah faham dan tahu akan amanah yang mesti mereka jalankan. Melalui reaksi GPK daerah Mersing, ternyata mereka berterima kasih kepada semua yang terlibat dengan taklimat ini kerana mereka telah mendapat gambaran sebenar apa yang perlu mereka lakukan dalam program LINUS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan