31.12.09

2010 - Bermula Agenda Penting

Salam. Esok 2010 akan hadir. Bermulalah tahun keramat bagi program Literasi dan Numerasi (LINUS). Matlamat yang ingin dicapai pada tahun 2012 akan bermula pada 2010. Tugas penting bermula dengan menguasai semua aspek kemahiran dalam Modul Latihan Guru, Modul Guru dan Modul Murid. Segala ilmu yang ada akan diturunkan pula kepada tenaga yang akan melaksanakan LINUS bermula pada 18 Januari 2010. Kursus kepada lebih daripada 16,000 orang guru Tahun 1 akan bermula pada tarikh tersebut secara berperingkat-peringkat.
Kepada rakan Fasilinus, usah banyak menanam azam baru tahun 2010. Ayuh kita melangkah sebagai wira negara untuk melaksanakan misi penting negara. Berbanggalah dengan diri kita yang akan menjadi penentu hala tuju LINUS. Dunia pendidikan ke arah melahirkan insan celik huruf sepenuhnya pada akhir tahun 2012 (pelajar Tahap 1) terletak pada tangan kita. Mari kita bina satu barisan yang kuat untuk melaksanakan tugas untuk negara ini. Selamat Tahun Baru 2010 dan Selamat Berjuang. Doa mengiringi perjuangan ini.

Modul Latihan Guru - Unit 8 (Power Point)

Klik tajuk di atas untuk muat turun.

Modul Latihan Guru - Unit 7 (Power Point)

Klik tajuk di atas untuk muat turun.

30.12.09

Modul Latihan Guru - Unit 6 (Power Point)

Klik tajuk di atas untuk muat turun.

Modul Latihan Guru - Unit 5 (Power Point)

Klik pada tajuk di atas untuk muat turun.

Modul Latihan Guru - Unit 4 (Power Point)

Klik tajuk di atas untuk muat turun.
Sekiranya menghadapi masalah muat turun, sila ikuti arahan yang telah diberikan pada catatan yang lepas (sila rujuk, klik pada catatan Cara Muat Turun Fail di sebelah kanan blog ini)

29.12.09

Barisan Fasilinus Telah Bersedia

Barisan Fasilinus Zon Selatan (Johor, Melaka, Negeri Sembilan) pastinya telah bersedia untuk memulakan satu perjuangan melaksana dan menjayakan misi nasional. Setelah melalui latihan intensif ketika guru-guru lain sedang bercuti (7-10 Disember 2009), Fasilinus Zon Selatan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu telah mempunyai ilmu yang banyak. Kalau ada kekurangan ilmu, blog ini akan memberikan bantuan yang diperlukan sebagai sumber rujukan.
InsyaAllah sebelum tugasan bermula pada 18 Januari 2010 ( melatih guru-guru Tahun 1), semua Fasilinus Zon Selatan telah bersedia. Kami Fasilinus Pusat akan memberikan bantuan setiap masa. Selamat melaksanakan perjuangan untuk negara. Hapuskan buta huruf.

Diagnostik (Power Piont)

Klik tajuk di atas untuk muat turun.

28.12.09

Modul Latihan Guru Unit 3 (Power Point)

Sila klik tajuk di atas untuk muat turun.
Berjumpa kembali untuk saya menunaikan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Terima kasih kerana masih bersama. Selamat mentelaah.

25.12.09

Sedikit Info

Salam. Melalui beberapa ulasan yang telah diberikan melalui blog ini, saya akan cuba memberikan info yang lebih jelas kepada beberapa persoalan yang telah diajukan. Buat saudari Noor Fazilah, LINUS hanya diajar kepada pelajar Tahun 1 yang tidak menguasai 3M pada tahun 2010. LINUS tidak diajar kepada pelajar Pemulihan Khas. Begitu juga pada tahun 2011 dan 2012. LINUS hanya untuk pelajar Tahun 2 dan 3. Matlamat LINUS ialah semua pelajar menguasai 3M pada penghujung tahun 2012.
Bagi kelas Pemulihan Khas yang melibatkan pelajar Tahun 2 dan 3, perjalanan kelas mereka adalah seperti biasa. Saya kurang pasti, saya ada mendengar bahawa pada bulan Januari 2010, Pemulihan Khas akan mengadakan kursus LINUS Pemulihan Khas. Apa-apa pun, itu hanya khabar yang tidak pasti dan tiada keesahannya. Kepastiannya, jadual Pemulihan Khas tetap seperti biasa.
Kesimpulannya, LINUS dan Pemulihan Khas ibarat irama dan lagu. Saling memerlukan dan saling bekerjasama bagi menghasilkan irama yang senada. Selamat berjaya kepada semua Fasilinus seluruh negara. Harapan saya kepada pembaca blog ini, ambillah kesempatan menimba dan mengaut ilmu yang ada dalam blog ini. Rakan-rakan Fasilinus Kebangsaan, sekiranya ada info lain, sila kongsi bersama. Terima kasih.

23.12.09

Fail Diserang Virus

Salam. Dalam masa beberapa hari ini saya tidak dapat memasukkan bahan-bahan literasi kerana komputer riba saya baru di format semula. Semua fail dalam komputer riba telah diserang virus. Saya cuba buat fail 'backup' namun sekiranya setelah diformat, fail 'backup' dimasukkan, virus akan tetap menyerang semula. Jadi saya telah hapuskan semua fail dan format semula. Syukur Alhamdulillah.... saya ada buat satu fail LINUS sebelum ini pada 'external harddisk'. Setelah di scan antivirus, semuanya dalam keadaan selamat. Berikan saya sedikit masa untuk mengemaskini semula blog ini. InsyaAllah paling lewat selepas 25 Disember 2009 saya akan masukkan semula bahan rujukan literasi untuk kemudahan fasilinus dan guru-guru Tahun 1. Maafkan saya.

22.12.09

Modul Latihan Guru - Unit 2 (power point)

Klik pada tajuk di atas untuk muat turun.

21.12.09

Modul Latihan Guru - Unit 1 (power point)

Klik tajuk di atas untuk muat turun.
Selamat mencuba.

20.12.09

Tugas Pasti Mencabar

Salam buat semua Fasilinus Pusat dan Negeri. Saya sedang bercuti di Kuala Terengganu. Kesempatan bercuti ini saya ambil untuk berjumpa rakan-rakan lama semasa zaman sekolah rendah dan menengah dahulu. Ramai yang berkerjaya GURU. Ramai juga yang mengajar Tahun 1 dan ramai juga yang telah mengikuti Kursus Fasilinus Zon Timur pada 7-10 Disember lalu. Maka tajuk utama perbualan kami ialah LINUS. Apa tindakbalas yang saya dapat?
Mereka faham apa yang telah disampaikan oleh semua Fasilinus Pusat Zon Timur. Tahniah! Mereka mencadangkan orang yang paling utama untuk di amanahkan menjalankan tugas di PPD ialah Fasilinus Pusat kerana penguasaan LINUS mereka amat tinggi serta Fasilinus Pusat dikatakan mampu merealisasikan proses bimbingan kepada fasilinus negeri serta semua guru Tahun 1 secara profesional dan seterusnya menjayakan matlamat LINUS itu sendiri. Mereka menyuarakan kekaguman dengan tahap penguasaan aktiviti latihan guru yang telah dijalankan.
Kini harapan mereka untuk menjayakan misi nasional itu ialah mereka memerlukan semaksimum mungkin bimbingan dan tunjuk ajar Fasilinus Pusat sepanjang program ini berjalan. Saya rasa harapan mereka itu diluahkan secara ikhlas. InsyaAllah, selagi khidmat kami Fasilinus Pusat diperlukan, kami akan terus berkhidmat untuk negara hingga ke titisan darah terakhir. Kini cabaran lebih besar menanti.

19.12.09

Sebarkan Maklumat

Salam Maal Hijrah buat semua. Saya berharap semua fasilinus dapat menyebarkan tentang blog kepada semua guru Tahun 1. Ini sebahagian daripada usaha kita memberikan dan menyalurkan maklumat asas kepada mereka. Sekurang-kurangnya apabila mereka dipanggil berkursus mulai 18 Januari 2010, mereka telah mempunyai sedikit maklumat mengenai LINUS. Secara tidak langsung , ini akan memudahkan tugas kita menyampaikan maklumat yang lebih terperinci. Seperti biasa kita perlu selangkah ke hadapan.

18.12.09

ANDA SUDAH BERSEDIA?

Sebulan dari sekarang, fasilinus yang telah menerima latihan pada 7-10 Disember 2009 yang lalu akan melaksanakan tugas melatih guru-guru Tahun 1. Tugas ini tidak semudah yang disangka. Fasilinus mesti menguasai semua ilmu yang telah diberikan oleh Fasilinus Pusat. 3 modul mesti dikuasai iaitu Modul Latihan Guru, Modul Guru dan Modul Murid. Selamat berjaya. InsyaAllah saya dan Fasilinus Pusat yang lain akan sentiasa membantu dan membimbing. Jangan lupa tugasan kita... bukan memantau tapi membimbing.

17.12.09

Contoh Cadangan Pelan Bilik Darjah Linus

Klik tajuk di atas untuk muat turun.

SELAMAT TAHUN BARU 1431 HIJRAH

Selamat menyambut Tahun Baru Hijrah, 1 Muharram 1431H bersamaan 18 Disember 2009. Jangan lupa membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun. Sempena tahun baru dalam kalendar Islam ini, kita perlu berhijrah ke arah yang lebih baik. Penghijrahan dari KIA2M kepada LINUS adalah merupakan satu perjuangan yang amat mulia dalam usaha melahirkan umat yang celik huruf.

16.12.09

Cara Muat Turun Fail

1. Apabila anda klik kepada fail yang hendak dimuatturun ( download ) , satu paparan baru dari deposit files akan terpapar .
2. Klik pada butang ( button ) DOWNLOAD THIS FILE .
3. Save kan file tersebut .
Sekiranya , setelah anda klik pada fail yang hendak dimuatturun ( download ) , muncul paparan dari depositfiles yang memaparkan dua gambar meter ( seolah - olah meter kereta ) ,
1. Pilih butang ( button ) FREE di bawah meter tersebut .
2. Setelah memilih FREE , akan kelihatan di sebelah kanan paparan tersebut kiraan menurun dalam saat .
3. Tunggu sehingga kiraan menurun bertukar menjadi butang ( button ) DOWNLOAD THISFILE .
4. Selepas itu save kan sahaja file tersebut.
SELAMAT MENCUBA. SAYA PASTI SEMUA FASILINUS CELIK IT.

Senarai Kemahiran LINUS Bahasa Melayu

Klik tajuk di atas untuk muat turun.

Diharap senarai kemahiran ini dapat membantu guru-guru Tahun 1 menulis RPH.

Video Kehebatan Guru

Klik tajuk di atas untuk muat turun.

Guru-guru Tahun 1 mesti membuktikan kehebatan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi menjayakan LINUS ini.

15.12.09

Fasilinus Kebangsaan

Tiada dalam gambar - Azmiudin

14.12.09

Carta Alir Literasi

Klik tajuk di atas untuk muat turun.

MESTI BERSEDIA



Menanti detik 18 Januari 2010 bukannya lama. Dalam sekelip mata kita sudah sampai ke tarikh keramat tersebut. Bermula 18 Januari 2010, dijangka seramai 16,000 orang guru Tahun 1 akan menjalani Kursus LINUS di seluruh negara secara berperingkat-peringkat. Pada 7-10 Disember 2009 yang lalu, Fasilinus Kebangsaan telah melatih Fasilinus Negeri di enam zon seluruh negara.
Sekadar hendak mengingatkan semula, kita antara guru yang bertuah kerana dikategorikan sebagai guru terawal yang pastinya tercatat dalam sejarah pendidikan negara penggerak satu misi negara dalam melaksanakan KPI Menteri Pelajaran Malaysia. Tugas utama kita ialah melatih guru-guru melaksanakan LINUS, menggerakkan, membimbing, memandu dan pemudah cara.
Hasil yang diperlukan ialah mengatasi masalah buta huruf bagi literasi dan masalah buta nombor bagi numerasi. Fasilinus Negeri yang telah diberikan latihan pada 7-10 Disember lalu, tidak dapat lari daripada realiti iaitu mesti menguasai semua kemahiran yang ada dalam aktiviti modul latihan guru, modul guru dan modul murid. Semua ini memerlukan pengorbanan masa yang bukan sedikit malah ianya mungkin mengambil dua pertiga daripada cuti Fasilinus.
Jangan sesekali mengeluh. Jangan sesekali menyesal. Berbanggalah dengan diri sendiri yang boleh meletakkan diri kita sebagai pejuang sejati untuk negara sebaris dengan pejuang-pejuang negara yang lain. Bayangkan , pada akhir 2012 nanti, tiada lagi murid yang buta huruf dan buta nombor. Perjuangan kita untuk negara berjaya dan kita ialah antara individu yang pastinya mencatat nama dalam sejarah pendidikan negara yang menjadi tatapan cucu cicit pada masa akan datang.
Kesimpulannya, jaya atau gagal misi nasional ini terletak kepada diri kita. Selamat mentelaah, menguasai dan mempraktikkan ketiga-tiga modul tersebut. Jangan lupa, sentiasalah memohon rahmatNya.

CONTOH PENDEKATAN GABUNGAN DAN BERSEPADU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Klik tajuk di atas untuk muat turun.

Maklumat Linus

Klik untuk muat turun maklumat linus.

LINUS

Literasi dan Numerasi (LINUS).
Perihal Program:
National Key Result Areas (NKRA’s) KPM telah menyasarkan bahawa semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah menjelang 2012.
Mula dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan murid Tahun 1 di sekolah rendah (Kohort Pertama).
Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui usaha mengatasi masalah literasi dan numerasi di kalangan murid sekolah rendah.
Matlamat : Memastikan semua murid kecuali berkeperluan khas berkeupayaan menguasai asas Literasi (Bahasa Melayu) dan Numerasi (Matematik) selepas tiga tahun menduduki pendidikan sekolah rendahmenjelang 2012.
Literasi = celik huruf
Numerasi = celik nombor
Penerangan tentang Literasi (berkaitan dengan kemahiran dalam modul yang kami tulis)
Definisi Literasi
Definisi asas literasi ialah kebolehan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah (dengan menggunakan kata hubung “dan “ serta mengaplikasi pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian .

Objektif
Objektif Program Literasi adalah memastikan pada akhir
program Pencapaian Literasi , murid dapat :
i. Mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan
tertutup.
ii. Membaca dan menulis perkataan daripada suku kata
terbuka dan tertutup dan perkataan yang berimbuhan
awalan dan akhiran
Iii.Membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan
ayat-ayat majmuk yang mudah dengan menggunakan kata
hubung “dan'

Pendekatan
Program LINUS menggunakan pendekatan belajar membaca dan menulis secara bersepadu dan
menyeluruh. Murid belajar mengenai huruf, suku kata dan perkataan serentak secara berperingkat dan Memperkenalkan huruf secara berperingkat-peringkat melalui kemahiran menulis,guru terus mula mengajar membaca melalui kaedah gabungan bunyi dengan Fonetik suku kata tanpa mengajar huruf a-z. Murid mengenali huruf dalam kemahiran menulis .


13.12.09

Lagi Gambar Kursus




















Pelbagai aktiviti dipelajari oleh bakal fasilinus semasa kursus.

LINUS mula mendapat perhatian....


Setelah berakhir Kursus Fasilinus Negeri di Zon Selatan, Utara, Timur, Tengah, Sabah dan Sarawak pada 10 Disember 2009, Fasilinus Pusat telah mendapat banyak pertanyaan daripada warga pendidik tentang apa LINUS? Salah seorang yang bertanya merupakan seorang Guru Besar di Sekolah Pendidikan Khas Muar, Johor iaitu Encik Ateh (gambar). Terima kasih kerana keprihatinan semua untuk mengetahui apa itu LINUS. Dalam blog ini (catatan pertama blog ini) saya pernah masukkan tentang LINUS. Namun begitu saya akan menulis semula tentang LINUS ini untuk pengetahuan semua. Ketika ini saya baru mula 'cuti sekolah' setelah dari permulaan cuti akhir tahun, saya terlibat dengan Fasilinus Pusat bersama-sama rakan-rakan yang lain yang telah mengorbankan cuti sekolah demi melaksanakan misi nasional. InsyaAllah, 14 Disember nanti saya akan masukkan maklumat tentang LINUS. Berikan saya ruang untuk bercuti bersama keluarga selama 2 hari. Inilah saja masa yang saya ada untuk 'bercuti panjang'.

11.12.09

FASILINUS DI SELATAN DAN SARAWAK

Fasilinus Pusat Bahasa Melayu dan Matematik
Zon Selatan bersama Pegawai Bahasa dan Pegawai
Matematik JPN Johor serta Pn. Hajah Zaleha bt Osman,
Ketua Unit Pemulihan Khas, Bahagian Pendidikan
Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Fasilinus Pusat Bahasa Melayu Zon Sarawak dan
Fasilinus Negeri bergambar bersama Pegawai Jabatan
Pelajaran Negeri Sarawak.

AKTIVITI FASILINUS DI SELATAN DAN SARAWAK

















Aktiviti di Sibu, Sarawak




















Aktiviti Di Muar, Johor

Teraju Utama







Sejak mula hingga akhir, Puan Hajah Maimunah binti Samat, pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri Johor yang diamanahkan oleh BPG mengetuai kursus di Zon Selatan sentiasa bersama-sama Fasilinus. Ada ketika juga Puan Hajah Maimunah terlibat sama dalam aktiviti bakal Fasilinus Negeri. Serius tetapi baik dan berjiwa ibu sejati.

Perjalanan Yang Panjang

Kehadiran Encik Zulkafly Othman, Pegawai Unit Kurikulum, Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang ke Selataan amat besar ertinya. Kepetahan En. Zulkafly berceramah dan bijak menyampaikan ilmu memudahkan bakal fasilinus negeri memahami apa yang hendak disampaikan kepada mereka. Terima kasih tuan.

10.12.09

TAHNIAH DAN SELAMAT MENERUSKAN PERJUANGAN

Tahniah kepada semua Fasilinus Pusat Bahasa Melayu di seluruh negara kerana telah berjaya menunaikan amanah melatih Fasilinus Negeri di Peringkat Zon. Modul Latihan Guru yang telah diguna pakai semasa melatih Fasilinus Negeri memang amat tepat dan bersesuaian. Sekali lagi diucapkan tahniah. Di Zon Selatan, semua Fasilinus Negeri telah menerima latihan dengan berkesan. Malah mereka telah memberikan komitmen tinggi bagi menjayakan misi nasional ini. Tahniah.

9.12.09

ZON SELATAN BERJALAN LANCAR

Kursus Fasilinus Negeri bagi Fasilinus Bahasa Melayu Zon Selatan yang melibatkan negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan di Hotel Seri Pelangi, Muar, Johor telah dilaksanakan dengan cemerlang. Para peserta yang merupakan bakal Fasilinus telah menjalani latihan dengan begitu bersemangat dan menunjukkan komitmen yang tinggi. Setiap aktiviti yang dijalankan telah berjaya dengan cemerlang. Tiada langsung masalah yang mengganggu sehingga kini. InsyaAllah kursus ini akan tamat dengan 'excellent'. Di sini saya mewakili semua Fasilinus Pusat di seluruh negara mengucapkan TERIMA KASIH kepada semua terutama kepada Encik Roomainor, Pn. Hjh Hazina dan Cik Miskinah. Di Zon Selatan TERIMA KASIH kepada Pn. Hjh Maimunah dari JPN Johor.

























FASILINUS PUSAT ZON SARAWAK


Fasilinus Pusat di Sarawak sedang melawat tepian sungai Rejang.

URUSETIA YANG SETIA

Terima kasih kerana setia membantu mengurus segala hal yang berkaitan dengan perjalanan pengurusan urusetia. Terima kasih daun keladi, lain kali nak minta tolong lagi.

FASILINUS PUSAT BERSAMA PN. HAJJAH MAIMUNAH, PEGAWAI JPN JOHOR

Dari kiri Mahsura, Zakiah, Norazlina, Zalina, Pn. Hjh. Maimunah, Firdaus dan Roslee.

Bakal Fasilinus Zon Selatan Bakal Memberi Sinar Pendidikan Negara


Antara aktiviti yang dijalankan mengikut unit dalam Modul Latihan Guru LINUS Bahasa Melayu.

BAKAL FASILINUS NEGERI SERONOK SAKAN MENJALANKAN AKTIVITI



















Bakal Fasilinus Bahasa Melayu sedang menjalankan salah satu aktiviti berbentuk tarian.
Terbayang keriangan pada wajah mereka. Dapat juga melupakan seketika amanah yang akan dipikul iaitu menggalas misi pendidikan negara mulai 2010.

MODEL BUKU LATIHAN GURU LINUS


Mahsura dan Firdaus menunjukkan tanda bagus kepada buku Modul Latihan Guru Program LINUS Bahasa Melayu.

Sepanjang Aktiviti Kursus



Bakal Fasilinus Negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan sedang berkursus.