23.12.09

Fail Diserang Virus

Salam. Dalam masa beberapa hari ini saya tidak dapat memasukkan bahan-bahan literasi kerana komputer riba saya baru di format semula. Semua fail dalam komputer riba telah diserang virus. Saya cuba buat fail 'backup' namun sekiranya setelah diformat, fail 'backup' dimasukkan, virus akan tetap menyerang semula. Jadi saya telah hapuskan semua fail dan format semula. Syukur Alhamdulillah.... saya ada buat satu fail LINUS sebelum ini pada 'external harddisk'. Setelah di scan antivirus, semuanya dalam keadaan selamat. Berikan saya sedikit masa untuk mengemaskini semula blog ini. InsyaAllah paling lewat selepas 25 Disember 2009 saya akan masukkan semula bahan rujukan literasi untuk kemudahan fasilinus dan guru-guru Tahun 1. Maafkan saya.

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum Sdr Roslee,
    Saya terkejut apabila membaca di ruangan BUAL LINUS. Ada catatan berbunyi:

    C Ateh maksud saya blog ni tak ngancam sungguh
    10:06 pm 22/12/09 #

    Saya menafikan menulis demikian, sebagaimana telah saya catatkan di ruangan tersebut. Apa tujuan orang yang menyamar nama saya berbuat demikian? Saya tidak tahu. Mungkin untuk bergurau. Tetapi ianya boleh mendatangkan 'rasa hati' yang tidak senang kepada Sdr Roslee.
    Saya harap Sdr Roslee faham.

    BalasPadam