Pada 26 Mei 2011, bertempat di PKG Air Hitam, Batu Pahat seramai 30 orang Jurulatih Utama Negeri Johor dan Kebangsaan Pemulihan Khas telah terlibat dengan kursus ini. Kursus ini diadakan atas usaha Unit Pemulihan Khas JPN Johor kerana sebelum ini guru Pemulihan Khas tidak didedahkan dengan Program LINUS terkini.
Dalam kursus ini peserta didedahkan dengan PLAN TINDAKAN PELAKSANAAN PROGRAM LINUS TEGAR (MURID PEMULIHAN KHAS) 2010-2012 yang dikeluarkan oleh BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. Penerangan lengkap telah disampaikan oleh Tuan Mejar Sazali. Sememangnya jaya atau gagal LINUS telah terbeban kepada guru-guru Pemulihan Khas. Banyak maklumat yang telah disampaikan yang selama ini tidak pernah sampai kepada guru Pemulihan Khas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan