Klik di di bawah:
MODUL LITERASI TAHUN 3
14.2.12
LINUS Saringan 1 dan Saringan 4 Tahun 2012
Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS) bagi tahun 2012 dijalankan
mengikut perancangan yang telah dibuat.
Sehubungan dengan itu, pelaksanaan
Saringan 1 bagi murid Tahun 1 dan Saringan 4 bagi murid Tahun 2 Program LINUS
akan bermula pada:
26 Februari hingga 30 Mac 2012 (Komponen Lisan dan Bacaan)
01
April hingga 06 April 2012 (Komponen Bertulis).
Bagi murid Tahun 3, tahun 2012,
mereka akan menduduki Saringan Khas pada bulan Mac 2012.
4.10.11
SARINGAN 3 DAN SARINGAN 6 DAERAH MERSING, JOHOR
LINUS (SARINGAN 3 DAN 6) | ||
Tindakan | : | GURU BESAR DAN PENYELARAS LINUS SEKOLAH RENDAH DAERAH MERSING |
Tarikh | : | 03-10-2011 |
Unit | : | KURIKULUM |
Oleh | : | En. Mahadi Bin Mohamad |
Maklumat | : | Assalamualaikum dan salam sejahtera... Saringan 3 dan 6 Program Literasi dan Numerasi (LINUS) tahun 2011. 2. Makluman kepada semua guru-guru LINUS, saringan 3 dan 6 akan dijalankan seperti ketetapan berikut: 2.1 Perkara : Lisan dan Membaca Tarikh : 2 Okt hingga 21 Okt 2011 2.2 Perkara : Menulis dan Bertulis Tarikh : 30 Okt hingga 4 Nov tahun 2011 2.3 Perkara : Kemasukan Data ke Portal NKRA Tarikh : 7 Nov hingga 11 Nov tahun 2011 3. Untuk makluman tuan, soalan saringan lisan numerasi dan literasi telah diedarkan kepada peserta kursus KSSR Pendidikan Kesihatan sekolah tuan. Penyelaras LINUS boleh dapatkan soalan tersebut dari guru-guru yang terlibat 4. Sebarang pertanyaan sila hubungi FasiLINUS di PPD Mersing ditalian 0137231974. Sekian, terima kasih. |
9.8.11
3.8.11
BAHAN INTERAKTIF KELUARAN M3P JOHOR
M3PJohor telah menghasilkan bahan interaktif Literasi dan Numerasi untuk kegunaan LINUS, Pemulihan Khas dan Pra Sekolah. Bahan interaktif yang dihasilkan oleh Jurulatih Utama Pemulihan Khas Negeri Johor ini boleh dimiliki kini dengan harga RM60.00 (tidak termasuk pos). Ianya mengandungi 3 CD interaktif dan buku panduan Literasi, Numerasi dan Kamus LINUS. Untuk mendapatkannya, sila rujuk kepada JU Pemulihan Khas Daerah masing-masing atau terus melalui saya di talian 0197649701. Guru-guru negeri lain juga boleh membelinya.
26.5.11
KURSUS PENINGKATAN PERANAN GURU PEMULIHAN KHAS DALAM PROGRAM LINUS
Pada 26 Mei 2011, bertempat di PKG Air Hitam, Batu Pahat seramai 30 orang Jurulatih Utama Negeri Johor dan Kebangsaan Pemulihan Khas telah terlibat dengan kursus ini. Kursus ini diadakan atas usaha Unit Pemulihan Khas JPN Johor kerana sebelum ini guru Pemulihan Khas tidak didedahkan dengan Program LINUS terkini.
Dalam kursus ini peserta didedahkan dengan PLAN TINDAKAN PELAKSANAAN PROGRAM LINUS TEGAR (MURID PEMULIHAN KHAS) 2010-2012 yang dikeluarkan oleh BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. Penerangan lengkap telah disampaikan oleh Tuan Mejar Sazali. Sememangnya jaya atau gagal LINUS telah terbeban kepada guru-guru Pemulihan Khas. Banyak maklumat yang telah disampaikan yang selama ini tidak pernah sampai kepada guru Pemulihan Khas.
Langgan:
Catatan (Atom)