2.2.10
LINUS di Hotel Sri Malaysia Mersing (1-3 Mac 2010)
1-3 Mac 2010, guru-guru Tahun 1 dari daerah Kulaijaya dan Kluang menyertai kursus LINUS di Hotel Sri Malaysia, Mersing. Minggu ini minggu ketiga kursus LINUS dijalankan kepada guru-guru Tahun 1 . Selamat berkursus.
29.1.10
28.1.10
Jawapan Kepada Soalan Cikgu K
Soalan Cikgu K
1. apa peranan guru pemulihan,sedangkan pemulihan 1-3 akan diambil oleh guru linus,tqvm
2. sekiranya,semua pelajar Tahun 1 dah mencapai target Linus,adakah Tahun 2 kena buat diagnostik balik ?
Jawapan:
1. apa peranan guru pemulihan,sedangkan pemulihan 1-3 akan diambil oleh guru linus,tqvm
2. sekiranya,semua pelajar Tahun 1 dah mencapai target Linus,adakah Tahun 2 kena buat diagnostik balik ?
Jawapan:
1. Peranan Guru Pemulihan Khas tidak diambil alih oleh guru linus. Guru Linus pada tahun 2010 ini hanya akan mengajar pelajar Tahun 1 yang tidak melepasi Saringan 1. Tidak kacau langsung tugas guru pemulihan memulihkan pelajar Tahun 2 dan 3. Manakala pelajar Linus tegar akan dihantar ke Pemulihan Khas. Jadi mulai 2010, guru pemulihan khas akan memulihkan pelajar Tahun 1 (tegar), Tahun 2 dan Tahun 3.
2. Semua pelajar Tahun 1 sudah mencapai target Linus iaitu lulus untuk ke kelas arus perdana. Pelajar ini tidak perlu lagi ambil ujian diagnostik.
Aktiviti Kursus Linus Bahasa Malaysia
Kursus LINUS Berterusan
Tepat jam 1.00 tengahari, kursus Linus guru-guru Tahun 1 daerah Muar telah tamat. Pada jam 2.30 petang (27.1.2010), kursus ini bersambung lagi dengan kemasukan guru-guru tahun 1 yang lain pula. Di Hotel Pelangi, Muar, Johor, ini merupakan kumpulan ketiga guru-guru Tahun 1 menyertai Kursus Linus di Muar.
26.1.10
Sedia Memuatkan Aktiviti di Tempat Lain
Semua Fasilinus di seluruh negara yang sedang melaksanakan Kursus Linus diminta menghantar berita dan gambar ke blog ini sebagai sebahagian daripada pengkongsian idea dan pengalaman melalui email saya. Blog Linuselatan akan membantu Fasilinus di tempat lain untuk mempromosikan maklumat terkini.
Langgan:
Catatan (Atom)