13.1.10

Linus di Akhbar Kosmo!

Rabu 13 JANUARI 2010

Murid bijak tidak perlu Ujian 3M

Dalam akhbar Kosmo! hari ini, muka surat 11 pada ruangan Wawancara, Profesor Madya Dr. Haniz Ibrahim, Ketua Jabatan Pendidikan Khas, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris telah diwawancara oleh wartawan Kosmo!
Dalam wawancara tersebut persoalan utama yang ditimbulkan ialah mengenai adakah tempoh dua bulan yang diberikan kepada pelajar Tahun 1 sebelum menjalani Ujian Saringan Linus cukup untuk mengukur tahap seorang murid sama ada lembap atau tidak.
Secara keseluruhan Profesor Madya Dr. Haniz Ibrahim memberikan pendapat tiada sebarang masalah dari segi masa kerana sebelum ini hampir keseluruhan murid yang masuk ke Tahun 1 telah mendapat pendidikan awal di prasekolah. Untuk berita lanjut, baca di akhbar Kosmo!

9.1.10

MESYUARAT FASILINUS JOHOR

Mesyuarat Persediaan Kursus LINUS Bahasa Melayu dan Matematik Tahun 1 2010 bagi Fasilinus negeri Johor akan diadakan pada 11 Januari 2010 di SK Tunku Mahmood 1, Kluang . Mesyuarat tersebut akan bermula pada jam 8.00 pagi dan dijangka berakhir pada jam 5.00 petang.

8.1.10


~ Pelajar Tahun 1 gagal ujian khusus akan diasing

~ Guru terbaik tingkat penguasaan 3M

Berita mengenai LINUS telah disentuh oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Disiarkan oleh Berita Harian, 8 Januari 2010.



5.1.10

MAKLUMAT PENTING

Salam. Perhatian kepada semua Fasilinus Pusat dan Fasilinus Negeri. Saya baru mendapat maklumat daripada Pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri Johor yang telah menghadiri satu mesyuarat berkaitan LINUS. Dimaklumkan bahawa sesi taklimat kepada ibu bapa di sekolah hanya boleh dibuat oleh Fasilinus Pusat dan Negeri sahaja. Beberapa buah sekolah dimaklumkan telah mengadakan sesi taklimat kepada ibu bapa oleh guru yang tidak menghadiri apa-apa kursus berkaitan LINUS. Difahamkan semua Guru Besar dan PIBG akan diberikan taklimat mengenai LINUS dalam masa terdekat oleh pihak yang berkenaan. Guru-guru Tahun 1 seluruh negara juga akan diberikan kursus mulai 18 Januari 2010. Hanya yang terlibat dengan kursus LINUS sahaja yang dibenarkan memberikan taklimat LINUS kepada ibu bapa.
Langkah segera yang patut dilakukan oleh semua Fasilinus ialah maklumkan kepada semua guru Tahun 1 di sekolah berhampiran agar tidak mengadakan taklimat LINUS sehingga semua Guru Besar, PIBG dan guru Tahun 1 diberikan kursus LINUS. Langkah ini perlu dilakukan bagi mengelak berlaku banyak kecairan maklumat yang akhirnya boleh menjejaskan program LINUS.
Kesimpulannya, sekolah yang ingin melaksanakan taklimat LINUS kepada ibu bapa mestilah memastikan bahawa guru yang akan menyampaikan taklimat kepada ibu bapa ialah guru yang telah menghadiri Kursus Latihan Guru LINUS sama ada peringkat kebangsaan atau negeri. Mereka yang mempunyai 'lesen' tersebut sahaja boleh menyampaikan taklimat kepada ibu bapa. Hanya Fasilinus yang terlatih sahaja mempunyai maklumat lengkap dan terkini berkaitan LINUS. Mohon kerjasama semua Fasilinus menyebarkan maklumat ini terutamanya kepada pihak pentadbir sekolah.

4.1.10

Modul Murid - Unit 3

Klik tajuk di atas untuk muat turun.

Modul Murid - Unit 2

Klik pada tajuk di atas untuk muat turun.

2.1.10

Modul Murid - Unit 1

Setelah lengkap semua Modul Latihan Guru diberikan, kini Modul Murid pula saya sertakan untuk para guru Tahun 1 melihat secara menyeluruh dalam merancang dan melaksanakan LINUS. Modul Murid ini hanya bagi mata pelajaran Bahasa Melayu sahaja (Literasi).
Sila klik pada tajuk di atas untuk muat turun.