20.12.09

Tugas Pasti Mencabar

Salam buat semua Fasilinus Pusat dan Negeri. Saya sedang bercuti di Kuala Terengganu. Kesempatan bercuti ini saya ambil untuk berjumpa rakan-rakan lama semasa zaman sekolah rendah dan menengah dahulu. Ramai yang berkerjaya GURU. Ramai juga yang mengajar Tahun 1 dan ramai juga yang telah mengikuti Kursus Fasilinus Zon Timur pada 7-10 Disember lalu. Maka tajuk utama perbualan kami ialah LINUS. Apa tindakbalas yang saya dapat?
Mereka faham apa yang telah disampaikan oleh semua Fasilinus Pusat Zon Timur. Tahniah! Mereka mencadangkan orang yang paling utama untuk di amanahkan menjalankan tugas di PPD ialah Fasilinus Pusat kerana penguasaan LINUS mereka amat tinggi serta Fasilinus Pusat dikatakan mampu merealisasikan proses bimbingan kepada fasilinus negeri serta semua guru Tahun 1 secara profesional dan seterusnya menjayakan matlamat LINUS itu sendiri. Mereka menyuarakan kekaguman dengan tahap penguasaan aktiviti latihan guru yang telah dijalankan.
Kini harapan mereka untuk menjayakan misi nasional itu ialah mereka memerlukan semaksimum mungkin bimbingan dan tunjuk ajar Fasilinus Pusat sepanjang program ini berjalan. Saya rasa harapan mereka itu diluahkan secara ikhlas. InsyaAllah, selagi khidmat kami Fasilinus Pusat diperlukan, kami akan terus berkhidmat untuk negara hingga ke titisan darah terakhir. Kini cabaran lebih besar menanti.

2 ulasan:

  1. SAlam... Adakah program LINUS akan diajar oleh guru pemulihan?

    BalasPadam
  2. Pada tahun 2010, LINUS hanya diajar kepada pelajar Tahun 1 sahaja. Pada tahun 2011, pelajar yang gagal menguasai LINUS akan mengikuti LINUS Tahun 2. Guru Pemulihan Khas tetap berperanan seperti biasa iaitu mengajar pelajar pemulihan khas Tahun 2 dan 3.

    BalasPadam