25.12.09

Sedikit Info

Salam. Melalui beberapa ulasan yang telah diberikan melalui blog ini, saya akan cuba memberikan info yang lebih jelas kepada beberapa persoalan yang telah diajukan. Buat saudari Noor Fazilah, LINUS hanya diajar kepada pelajar Tahun 1 yang tidak menguasai 3M pada tahun 2010. LINUS tidak diajar kepada pelajar Pemulihan Khas. Begitu juga pada tahun 2011 dan 2012. LINUS hanya untuk pelajar Tahun 2 dan 3. Matlamat LINUS ialah semua pelajar menguasai 3M pada penghujung tahun 2012.
Bagi kelas Pemulihan Khas yang melibatkan pelajar Tahun 2 dan 3, perjalanan kelas mereka adalah seperti biasa. Saya kurang pasti, saya ada mendengar bahawa pada bulan Januari 2010, Pemulihan Khas akan mengadakan kursus LINUS Pemulihan Khas. Apa-apa pun, itu hanya khabar yang tidak pasti dan tiada keesahannya. Kepastiannya, jadual Pemulihan Khas tetap seperti biasa.
Kesimpulannya, LINUS dan Pemulihan Khas ibarat irama dan lagu. Saling memerlukan dan saling bekerjasama bagi menghasilkan irama yang senada. Selamat berjaya kepada semua Fasilinus seluruh negara. Harapan saya kepada pembaca blog ini, ambillah kesempatan menimba dan mengaut ilmu yang ada dalam blog ini. Rakan-rakan Fasilinus Kebangsaan, sekiranya ada info lain, sila kongsi bersama. Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan