4.10.11

SARINGAN 3 DAN SARINGAN 6 DAERAH MERSING, JOHOR

LINUS (SARINGAN 3 DAN 6)
 
Tindakan      :GURU BESAR DAN PENYELARAS LINUS SEKOLAH RENDAH DAERAH MERSING
Tarikh:03-10-2011
Unit:KURIKULUM
Oleh:En. Mahadi Bin Mohamad


Maklumat:Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Saringan 3 dan 6 Program Literasi dan Numerasi (LINUS) tahun 2011.

2. Makluman kepada semua guru-guru LINUS, saringan 3 dan 6 akan dijalankan seperti ketetapan berikut:

2.1 Perkara : Lisan dan Membaca
Tarikh : 2 Okt hingga 21 Okt 2011

2.2 Perkara : Menulis dan Bertulis
Tarikh : 30 Okt hingga 4 Nov tahun 2011

2.3 Perkara : Kemasukan Data ke Portal NKRA
Tarikh : 7 Nov hingga 11 Nov tahun 2011

3. Untuk makluman tuan, soalan saringan lisan numerasi dan literasi telah diedarkan kepada peserta kursus KSSR Pendidikan Kesihatan sekolah tuan. Penyelaras LINUS boleh dapatkan soalan tersebut dari guru-guru yang terlibat

4. Sebarang pertanyaan sila hubungi FasiLINUS di PPD Mersing ditalian 0137231974.


Sekian, terima kasih.

9.8.11

ANDA BOLEH BINA BBM SENDIRI

Kebolehan guru membina BBM tidak boleh disangkal lagi. Malah BBM yang dibina sendiri pastinya akan memenuhi keperluan dan citarasa murid kita sendiri. Berikut contoh BBM yang telah dibina oleh guru secara 'free hand'.

3.8.11

BAHAN INTERAKTIF KELUARAN M3P JOHOR


M3PJohor telah menghasilkan bahan interaktif Literasi dan Numerasi untuk kegunaan LINUS, Pemulihan Khas dan Pra Sekolah. Bahan interaktif yang dihasilkan oleh Jurulatih Utama Pemulihan Khas Negeri Johor ini boleh dimiliki kini dengan harga RM60.00 (tidak termasuk pos). Ianya mengandungi 3 CD interaktif dan buku panduan Literasi, Numerasi dan Kamus LINUS. Untuk mendapatkannya, sila rujuk kepada JU Pemulihan Khas Daerah masing-masing atau terus melalui saya di talian 0197649701. Guru-guru negeri lain juga boleh membelinya.

26.5.11

KURSUS PENINGKATAN PERANAN GURU PEMULIHAN KHAS DALAM PROGRAM LINUS




Pada 26 Mei 2011, bertempat di PKG Air Hitam, Batu Pahat seramai 30 orang Jurulatih Utama Negeri Johor dan Kebangsaan Pemulihan Khas telah terlibat dengan kursus ini. Kursus ini diadakan atas usaha Unit Pemulihan Khas JPN Johor kerana sebelum ini guru Pemulihan Khas tidak didedahkan dengan Program LINUS terkini.
Dalam kursus ini peserta didedahkan dengan PLAN TINDAKAN PELAKSANAAN PROGRAM LINUS TEGAR (MURID PEMULIHAN KHAS) 2010-2012 yang dikeluarkan oleh BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. Penerangan lengkap telah disampaikan oleh Tuan Mejar Sazali. Sememangnya jaya atau gagal LINUS telah terbeban kepada guru-guru Pemulihan Khas. Banyak maklumat yang telah disampaikan yang selama ini tidak pernah sampai kepada guru Pemulihan Khas.


9.5.11

Maaf, Blog Ini Sedang Dikemaskini

Maaf dipinta kerana telah lama tidak kemaskini. Blog ini sedang dikemaskini dan akan bermula semula pada 11 Mei 2011.

1.3.11

MERUJUK SURAT SIARAN

Pelbagai situasi dan isu ditimbulkan dalam pelaksanaan program LINUS. Untuk mengelak pelbagai spekulasi yang dibicarakan menjadi lebih hangat, eloklah kita kembali kepada surat pekeliling atau surat siaran yang telah dikeluarkan oleh pihak KPM.
Buka fail induk LINUS dan baca surat-surat ini :

1. Surat Siaran Pelaksanaan Program LINUS di Sekolah Rendah
    Rujukan : KP(BPK)400-32/6Jld.3(61) bertarikh 22 April 2010

2. Surat Siaran Peranan Guru Pemulihan Khas Dalam Pelaksanaan Program LINUS
    Rujukan : KPM.BPKHAS.300-2/2/12 bertarikh 4 Ogos 2010

Rujuk juga kepada FasiLINUS bagi mendapatkan maklumat terkini.

28.2.11

GURU PEMULIHAN KHAS DAERAH MERSING TELAH MENGIKUTI TAKLIMAT PELAKSANAAN LINUS DALAM PROGRAM PEMULIHAN KHAS


Pada 22 Februari 2011, seramai 36 orang Guru Pemulihan Khas (GPK) daerah Mersing, Johor telah diberikan taklimat tersebut oleh Mejar Sazali bin Abd. Hamid (Ketua Unit Pemulihan Khas JPNJ), Encik Shahiran bin Kamaruddin (Penyelia Kanan Pemulihan Khas JPNJ), Encik Mohd Nizar bin Awang (PPPD Pendidikan Khas PPD Mersing) dan Encik Mahadi bin Mohamad (FasiLINUS PPD Mersing).
Dalam taklimat tersebut GPK Mersing telah diberikan taklimat mengenai peranan GPK dalam program LINUS, Pemantapan Pedagogi, penulisan RPH, sistem fail dan pelaksanaan instrumen saringan. Semua maklumat yang berkaitan LINUS terkini telah diberikan selengkapnya kecuali pengendalian saringan 4 yang akan diberikan kursus khas pada awal Mac nanti.
GPK daerah Mersing juga diminta membantu mengambil murid LINUS Pemulihan/Tegar selepas Saringan 1 bagi meringankan bebanan guru LINUS sekiranya bilangan murid LINUS terlalu ramai walaupun sepatutnya selepas Saringan 2 dan mengambil murid LINUS Tahun 2 selepas saringan 4 sekiranya jumlah murid LINUS Pemulihan/Tegar kurang daripada 5 orang.
Fail murid LINUS Pemulihan/Tegar mestilah disimpan dan diselenggarakan oleh GPK
Berdasarkan maklumat yang telah diberikan oleh pegawai-pegawai yang terbabit, semua GPK daerah Mersing telah faham dan tahu akan amanah yang mesti mereka jalankan. Melalui reaksi GPK daerah Mersing, ternyata mereka berterima kasih kepada semua yang terlibat dengan taklimat ini kerana mereka telah mendapat gambaran sebenar apa yang perlu mereka lakukan dalam program LINUS.

24.2.11

LEBIHKAN MASA MEMBANTU GURU-GURU PEMULIHAN KHAS



Selamat bertugas kepada semua FasiLINUS. Di sini bicara ini akan membincangkan mengenai peranan Guru Pemulihan Khas (GPK) dalam merealisasikan matlamat LINUS. Terima kasih kepada semua FasiLINUS yang prihatin terhadap permasalahan yang dihadapi oleh GPK dalam melaksanakan pengurusan, pentadbiran serta pengajaran dan pembelajaran LINUS.
Semua sedia maklum, kursus secara formal untuk LINUS Tahun 1 dan 2 hanya dibuat kepada guru-guru Tahun 1 dan 2 sahaja. Tetapi jika kita melihat senario LINUS hari ini, GPK sebenarnya lebih memikul tanggungjawab berat untuk merealisasikan matlamat LINUS ini. Setelah diberikan murid LINUS Pemulihan dan GPK berjaya mengurangkan bilangan LINUS Pemulihan yang besar jumlahnya sebelum ini, kini GPK diamanahkan untuk 'mencelikkan' pula murid LINUS. Itu pun bergantung kepada jumlah murid LINUS Pemulihan yang sedikit.
Ada banyak sekolah pastinya murid LINUS Pemulihannya sudah tidak melebihi 5 orang. Jika ini berlaku, maka GPK tersebut dibolehkan mengambil murid LINUS yang mungkin jumlahnya kurang daripada 10 orang. Malah akan ada sekolah terutamanya sekolah kurang murid, guru Tahun 1 atau Tahun 2 hanya perlu mengajar murid arus perdana sahaja. Tanggungjawab 'mencelikkan' murid LINUS Pemulihan dan LINUS akan ditanggung oleh GPK.
Rata-rata GPK tidak mengeluh tentang senario ini. Mereka tahu tugas mereka. Cuma yang jadi sedikit halangan ialah mereka tidak pernah didedahkan cara mengendalikan saringan, sistem fail dan lain-lain lagi. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta BBM tidak menjadi masalah kepada GPK kerana mereka pakar dalam bidang ini.
Oleh itu, disarankan agar FasiLINUS dapat membantu GPK di sekolah-sekolah dengan memberikan sedikit lebihan masa untuk bersama membimbing mereka dalam aspek pentadbiran dan pengurusan. Curahkan ilmu yang FasiLINUS ada kepada GPK agar mereka tidak lagi dalam dilema. Walaupun semua guru Tahun 1 dan 2 telah berkursus berkaitan LINUS, ada juga yang diistilahkan 'dekat tapi jauh'. Maka FasiLINUS perlu memainkan peranan membantu GPK yang 'terputus bekalan' LINUS.
Terima kasih kepada semua FasiLINUS yang prihatin dengan masalah GPK dalam melaksanakan LINUS dan membawa perkara ini kepada pihak yang bertanggungjawab. Tahniah.

7.2.11

MODUL GURU LITERASI TAHUN 2

Sila klik untuk muat turun:

1. Unit 1
2. Unit 2
3. Unit 3
4. Unit 4
5. Unit 5
6. Unit 6
7. Unit 7
8. Unit 8
9. Unit 9

28.1.11

SELAMAT TAHUN BARU CINA DAN SELAMAT BERCUTI


GONG XI FA CHAI

4.1.11

MODUL TAHUN 2 LITERASI DAN NUMERASI



Ramai di kalangan guru LINUS masih tertanya-tanya tentang modul tersebut. Tidak kurang juga ada yang masih belum tahu tentang kemahiran-kemahiran dalam Literasi dan Numerasi Tahun 2. Lebih 'menarik' lagi pertanyaan itu ada juga datangnya daripada guru yang pernah menyertai kursus LINUS Tahun 2. Sebenarnya tidak perlu kita salahkan sesiapa. Kita manusia biasa, pasti banyak kekurangannya. Oleh itu kita mesti bantu membantu.
Apabila disebut bantu membantu, pastinya terarah kepada FasiLINUS akan membantu guru LINUS. Tapi ada juga sebilangan besar FasiLINUS yang tidak segan untuk meminta bantuan guru LINUS. Ini satu situasi yang sihat dalam melaksanakan visi dan misi LINUS. Kita kembali semula kepada isu guru LINUS yang bersemangat untuk melaksanakan Program LINUS pada awal tahun ini. FasiLINUS yang pernah berkursus di Melaka pada tahun 2010 pasti memiliki draf modul seperti gambar di atas.
Kita belum pasti bilakah waktunya modul sebenar akan sampai ke tangan guru LINUS sedangkan guru LINUS sudah bersemangat untuk memulakan pengajaran dan pembelajaran.
Ceritanya cukup mudah, guru LINUS hubungi FasiLINUS dan dapatkan draf modul tersebut. Cara untuk mendapatkannya boleh dipermudahkan, guru LINUS fotostat sendiri dengan kos sendiri atau kos ditanggung oleh sekolah. Semoga LINUS berjaya dengan adanya semangat kerjasama yang sedia ada.

1.1.11

SELAMAT TAHUN BARU 2011 DAN SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Selamat Tahun Baru 2011 dan selamat bersua kembali. Maaf kerana terlalu lama blog ini tidak dikemaskini. Sepanjang cuti saya terlibat sebagai Pengawas SPM dan juga mengisi sedikit masa lapang selepas SPM dengan membawa keluarga ke Cameron Highland sebagai hadiah kejayaan anak kedua saya mendapat 8A dalam PMR 2010. Syukur Alhamdulillah. Kepada semua guru LINUS selamat meneruskan perjuangan dan kepada FasiLINUS diharap sepanjang tempoh bertenang, timbalah ilmu pengajaran dan pembelajaran berkesan dari guru-guru LINUS yang berpengalaman sebagai 'update' diri. Selamat Maju Jaya.