13.12.09

LINUS mula mendapat perhatian....


Setelah berakhir Kursus Fasilinus Negeri di Zon Selatan, Utara, Timur, Tengah, Sabah dan Sarawak pada 10 Disember 2009, Fasilinus Pusat telah mendapat banyak pertanyaan daripada warga pendidik tentang apa LINUS? Salah seorang yang bertanya merupakan seorang Guru Besar di Sekolah Pendidikan Khas Muar, Johor iaitu Encik Ateh (gambar). Terima kasih kerana keprihatinan semua untuk mengetahui apa itu LINUS. Dalam blog ini (catatan pertama blog ini) saya pernah masukkan tentang LINUS. Namun begitu saya akan menulis semula tentang LINUS ini untuk pengetahuan semua. Ketika ini saya baru mula 'cuti sekolah' setelah dari permulaan cuti akhir tahun, saya terlibat dengan Fasilinus Pusat bersama-sama rakan-rakan yang lain yang telah mengorbankan cuti sekolah demi melaksanakan misi nasional. InsyaAllah, 14 Disember nanti saya akan masukkan maklumat tentang LINUS. Berikan saya ruang untuk bercuti bersama keluarga selama 2 hari. Inilah saja masa yang saya ada untuk 'bercuti panjang'.

1 ulasan:

  1. Tahniah.
    Anda telah mengambil satu langkah bijak dengan membina blog ini khusus untuk LINUS. Sememangnya pendekatan ini akan memberi banyak manfaatnya. Teruskan wahai Encik Roslee.
    PEMBETULAN: Sekolah saya di Batu Pahat dan BUKAN Muar seperti yang anda catatkan. Tolong betulkan supaya tidak mengelirukan orang lain.
    Terima kasih kerana memaparkan gambar saya.

    Berbaktilah bersungguh-sungguh sehingga orang akan sebut: BILA SEBUT LINUS ORANG AKAN INGAT ROSLEE. BILA ORANG SEBUT ROSLEE ORANG AKAN INGAT LINUS. ATAU ORANG AKAN SEBUT ANDA SEBAGAI 'ROSLEE LINUS'. Tapi jangan riak (sekadar nasihat dari orang lama...)

    BalasPadam