29.1.10
28.1.10
Jawapan Kepada Soalan Cikgu K
Soalan Cikgu K
1. apa peranan guru pemulihan,sedangkan pemulihan 1-3 akan diambil oleh guru linus,tqvm
2. sekiranya,semua pelajar Tahun 1 dah mencapai target Linus,adakah Tahun 2 kena buat diagnostik balik ?
Jawapan:
1. apa peranan guru pemulihan,sedangkan pemulihan 1-3 akan diambil oleh guru linus,tqvm
2. sekiranya,semua pelajar Tahun 1 dah mencapai target Linus,adakah Tahun 2 kena buat diagnostik balik ?
Jawapan:
1. Peranan Guru Pemulihan Khas tidak diambil alih oleh guru linus. Guru Linus pada tahun 2010 ini hanya akan mengajar pelajar Tahun 1 yang tidak melepasi Saringan 1. Tidak kacau langsung tugas guru pemulihan memulihkan pelajar Tahun 2 dan 3. Manakala pelajar Linus tegar akan dihantar ke Pemulihan Khas. Jadi mulai 2010, guru pemulihan khas akan memulihkan pelajar Tahun 1 (tegar), Tahun 2 dan Tahun 3.
2. Semua pelajar Tahun 1 sudah mencapai target Linus iaitu lulus untuk ke kelas arus perdana. Pelajar ini tidak perlu lagi ambil ujian diagnostik.
Aktiviti Kursus Linus Bahasa Malaysia
Kursus LINUS Berterusan
Tepat jam 1.00 tengahari, kursus Linus guru-guru Tahun 1 daerah Muar telah tamat. Pada jam 2.30 petang (27.1.2010), kursus ini bersambung lagi dengan kemasukan guru-guru tahun 1 yang lain pula. Di Hotel Pelangi, Muar, Johor, ini merupakan kumpulan ketiga guru-guru Tahun 1 menyertai Kursus Linus di Muar.
26.1.10
Sedia Memuatkan Aktiviti di Tempat Lain
Semua Fasilinus di seluruh negara yang sedang melaksanakan Kursus Linus diminta menghantar berita dan gambar ke blog ini sebagai sebahagian daripada pengkongsian idea dan pengalaman melalui email saya. Blog Linuselatan akan membantu Fasilinus di tempat lain untuk mempromosikan maklumat terkini.
Aktiviti di Hotel Pelangi , Muar (26 Januari 2010)
Gambar sekitar aktiviti Kursus Linus Literasi yang telah dijalankan pada 26 Januari 2010.

Aktiviti di Hotel Pelangi , Muar
Tepat jam 10.15 pagi (26.1.2010), Encik Mohd Nor bin A. Ghani, Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Johor hadir ke Kursus LINUS Literasi. Kehadiran Encik Mohd Nor amat dihargai. Sokongan yang diberikan oleh beliau menguatkan semangat semua guru Tahun 1 yang sedang berkursus di sini. Terima kasih, Tuan.
25.1.10
Kursus Linus Di Hotel Pelangi, Muar
23.1.10
Pesanan
Tahniah kepada guru-guru Tahun 1 yang telah berjaya menamatkan kursus LINUS hingga setakat ini. Saya sekadar berpesan kepada para sahabat agar lebih bersedia pada kali ini kerana berjaya atau gagal program LINUS ini terletak kepada keberkesanan guru-guru Tahun 1 menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Guru-guru pemulihan khas akan bersama-sama membantu Linus dengan mengambil pelajar Tahun 1 yang tegar buta huruf untuk dipulihkan di kelas pemulihan khas. Kita perlu bekerjasama antara satu sama lain dalam menjayakan misi nasional ini. Semua guru di Malaysia merupakan pendidikan terbaik. Selamat bertugas.
22.1.10
Kursus LINUS Negeri Johor
20.1.10
Ketua Turun Padang
Pn. Hajjah Zaleha, Ketua Unit Pemulihan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia turut serta bersama-sama peserta di Hotel Putra Kuala Lumpur. Inilah sikap pemimpin yang kita sanjungi. Duduk di atas karpet bersama-sama peserta sambil menikmati minum pagi. Terima kasih kerana Puan Hajjah sudi bersama-sama di sini.
LInus Pemulihan di Hotel Putra Kuala Lumpur
Bermula 18 Januari 2010, seramai 100 orang JU pemulihan khas dari negeri Melaka, NS, Selangor, KL, Putrajaya, Perak dan Kedah telah berkursus di Hotel Putra Kuala Lumpur. Pendedahan mengenai LINUS diberikan kepada guru pemulihan kerana guru pemulihan khas akan menerima pelajar LINUS tegar ( gagal konstruk 1 dan 2 selepas saringan 1 pada awal Mac 2010) untuk dipulihkan. Kursus yang sama juga turut dijalankan di Permai Inn, Kuala Terengganu yang melibatkan negeri Terengganu, Kelantan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang dan Johor. Kursus ini akan berakhir pada 21 Januari 2010. Selepas ini JU Pemulihan Khas ini akan memberikan kursus dan latihan kepada semua guru pemulihan di seluruh negara.
Kursus LINUS JU Pemulihan
Gambar sekitar Latihan LINUS JU Pemulihan Khas di Hotel Putra Kuala Lumpur dari 18-21 Januari 2010.
19.1.10
LATIHAN LINUS BERMULA
Mulai 18 Januari 2010, latihan Literasi dan Numerasi telah dijalankan di seluruh negara. Fasilinus di seluruh negara telah bersedia untuk melaksanakan tugas penting ini. Selamat bertugas dan sampaikan semua maklumat dan ilmu kepada semua guru tahun 1. Selamat bertugas. Dalam masa yang sama, 18-21 Januari 2010 semua JU Pemulihan Khas seluruh negara sedang diberikan kursus Pemulihan Linus.
13.1.10
Linus di Akhbar Kosmo!

Murid bijak tidak perlu Ujian 3M
Dalam akhbar Kosmo! hari ini, muka surat 11 pada ruangan Wawancara, Profesor Madya Dr. Haniz Ibrahim, Ketua Jabatan Pendidikan Khas, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris telah diwawancara oleh wartawan Kosmo!
Dalam wawancara tersebut persoalan utama yang ditimbulkan ialah mengenai adakah tempoh dua bulan yang diberikan kepada pelajar Tahun 1 sebelum menjalani Ujian Saringan Linus cukup untuk mengukur tahap seorang murid sama ada lembap atau tidak.
Secara keseluruhan Profesor Madya Dr. Haniz Ibrahim memberikan pendapat tiada sebarang masalah dari segi masa kerana sebelum ini hampir keseluruhan murid yang masuk ke Tahun 1 telah mendapat pendidikan awal di prasekolah. Untuk berita lanjut, baca di akhbar Kosmo!
9.1.10
MESYUARAT FASILINUS JOHOR
Mesyuarat Persediaan Kursus LINUS Bahasa Melayu dan Matematik Tahun 1 2010 bagi Fasilinus negeri Johor akan diadakan pada 11 Januari 2010 di SK Tunku Mahmood 1, Kluang . Mesyuarat tersebut akan bermula pada jam 8.00 pagi dan dijangka berakhir pada jam 5.00 petang.
8.1.10
5.1.10
MAKLUMAT PENTING
Salam. Perhatian kepada semua Fasilinus Pusat dan Fasilinus Negeri. Saya baru mendapat maklumat daripada Pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri Johor yang telah menghadiri satu mesyuarat berkaitan LINUS. Dimaklumkan bahawa sesi taklimat kepada ibu bapa di sekolah hanya boleh dibuat oleh Fasilinus Pusat dan Negeri sahaja. Beberapa buah sekolah dimaklumkan telah mengadakan sesi taklimat kepada ibu bapa oleh guru yang tidak menghadiri apa-apa kursus berkaitan LINUS. Difahamkan semua Guru Besar dan PIBG akan diberikan taklimat mengenai LINUS dalam masa terdekat oleh pihak yang berkenaan. Guru-guru Tahun 1 seluruh negara juga akan diberikan kursus mulai 18 Januari 2010. Hanya yang terlibat dengan kursus LINUS sahaja yang dibenarkan memberikan taklimat LINUS kepada ibu bapa.
Langkah segera yang patut dilakukan oleh semua Fasilinus ialah maklumkan kepada semua guru Tahun 1 di sekolah berhampiran agar tidak mengadakan taklimat LINUS sehingga semua Guru Besar, PIBG dan guru Tahun 1 diberikan kursus LINUS. Langkah ini perlu dilakukan bagi mengelak berlaku banyak kecairan maklumat yang akhirnya boleh menjejaskan program LINUS.
Kesimpulannya, sekolah yang ingin melaksanakan taklimat LINUS kepada ibu bapa mestilah memastikan bahawa guru yang akan menyampaikan taklimat kepada ibu bapa ialah guru yang telah menghadiri Kursus Latihan Guru LINUS sama ada peringkat kebangsaan atau negeri. Mereka yang mempunyai 'lesen' tersebut sahaja boleh menyampaikan taklimat kepada ibu bapa. Hanya Fasilinus yang terlatih sahaja mempunyai maklumat lengkap dan terkini berkaitan LINUS. Mohon kerjasama semua Fasilinus menyebarkan maklumat ini terutamanya kepada pihak pentadbir sekolah.
4.1.10
2.1.10
Modul Murid - Unit 1
Setelah lengkap semua Modul Latihan Guru diberikan, kini Modul Murid pula saya sertakan untuk para guru Tahun 1 melihat secara menyeluruh dalam merancang dan melaksanakan LINUS. Modul Murid ini hanya bagi mata pelajaran Bahasa Melayu sahaja (Literasi).
Sila klik pada tajuk di atas untuk muat turun.
Langgan:
Catatan (Atom)