5.1.10

MAKLUMAT PENTING

Salam. Perhatian kepada semua Fasilinus Pusat dan Fasilinus Negeri. Saya baru mendapat maklumat daripada Pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri Johor yang telah menghadiri satu mesyuarat berkaitan LINUS. Dimaklumkan bahawa sesi taklimat kepada ibu bapa di sekolah hanya boleh dibuat oleh Fasilinus Pusat dan Negeri sahaja. Beberapa buah sekolah dimaklumkan telah mengadakan sesi taklimat kepada ibu bapa oleh guru yang tidak menghadiri apa-apa kursus berkaitan LINUS. Difahamkan semua Guru Besar dan PIBG akan diberikan taklimat mengenai LINUS dalam masa terdekat oleh pihak yang berkenaan. Guru-guru Tahun 1 seluruh negara juga akan diberikan kursus mulai 18 Januari 2010. Hanya yang terlibat dengan kursus LINUS sahaja yang dibenarkan memberikan taklimat LINUS kepada ibu bapa.
Langkah segera yang patut dilakukan oleh semua Fasilinus ialah maklumkan kepada semua guru Tahun 1 di sekolah berhampiran agar tidak mengadakan taklimat LINUS sehingga semua Guru Besar, PIBG dan guru Tahun 1 diberikan kursus LINUS. Langkah ini perlu dilakukan bagi mengelak berlaku banyak kecairan maklumat yang akhirnya boleh menjejaskan program LINUS.
Kesimpulannya, sekolah yang ingin melaksanakan taklimat LINUS kepada ibu bapa mestilah memastikan bahawa guru yang akan menyampaikan taklimat kepada ibu bapa ialah guru yang telah menghadiri Kursus Latihan Guru LINUS sama ada peringkat kebangsaan atau negeri. Mereka yang mempunyai 'lesen' tersebut sahaja boleh menyampaikan taklimat kepada ibu bapa. Hanya Fasilinus yang terlatih sahaja mempunyai maklumat lengkap dan terkini berkaitan LINUS. Mohon kerjasama semua Fasilinus menyebarkan maklumat ini terutamanya kepada pihak pentadbir sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan