28.1.11

SELAMAT TAHUN BARU CINA DAN SELAMAT BERCUTI


GONG XI FA CHAI

4.1.11

MODUL TAHUN 2 LITERASI DAN NUMERASI



Ramai di kalangan guru LINUS masih tertanya-tanya tentang modul tersebut. Tidak kurang juga ada yang masih belum tahu tentang kemahiran-kemahiran dalam Literasi dan Numerasi Tahun 2. Lebih 'menarik' lagi pertanyaan itu ada juga datangnya daripada guru yang pernah menyertai kursus LINUS Tahun 2. Sebenarnya tidak perlu kita salahkan sesiapa. Kita manusia biasa, pasti banyak kekurangannya. Oleh itu kita mesti bantu membantu.
Apabila disebut bantu membantu, pastinya terarah kepada FasiLINUS akan membantu guru LINUS. Tapi ada juga sebilangan besar FasiLINUS yang tidak segan untuk meminta bantuan guru LINUS. Ini satu situasi yang sihat dalam melaksanakan visi dan misi LINUS. Kita kembali semula kepada isu guru LINUS yang bersemangat untuk melaksanakan Program LINUS pada awal tahun ini. FasiLINUS yang pernah berkursus di Melaka pada tahun 2010 pasti memiliki draf modul seperti gambar di atas.
Kita belum pasti bilakah waktunya modul sebenar akan sampai ke tangan guru LINUS sedangkan guru LINUS sudah bersemangat untuk memulakan pengajaran dan pembelajaran.
Ceritanya cukup mudah, guru LINUS hubungi FasiLINUS dan dapatkan draf modul tersebut. Cara untuk mendapatkannya boleh dipermudahkan, guru LINUS fotostat sendiri dengan kos sendiri atau kos ditanggung oleh sekolah. Semoga LINUS berjaya dengan adanya semangat kerjasama yang sedia ada.

1.1.11

SELAMAT TAHUN BARU 2011 DAN SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Selamat Tahun Baru 2011 dan selamat bersua kembali. Maaf kerana terlalu lama blog ini tidak dikemaskini. Sepanjang cuti saya terlibat sebagai Pengawas SPM dan juga mengisi sedikit masa lapang selepas SPM dengan membawa keluarga ke Cameron Highland sebagai hadiah kejayaan anak kedua saya mendapat 8A dalam PMR 2010. Syukur Alhamdulillah. Kepada semua guru LINUS selamat meneruskan perjuangan dan kepada FasiLINUS diharap sepanjang tempoh bertenang, timbalah ilmu pengajaran dan pembelajaran berkesan dari guru-guru LINUS yang berpengalaman sebagai 'update' diri. Selamat Maju Jaya.